Tonton Online Live Telemovie Miss Sakura

Tonton Online Live Telemovie Miss Sakura. Saksikan drama terbaru yang akan ditayangkan di tv2 berjudul Telemovie Miss Sakura. Telefilem tersebut dilakonkan oleh Ben Amir dan Disha Devina sebagai teraju utama. Ia akan bermula pada Jumaat, 3 Ogos 2018, 9:30 malam..

Telemovie Miss Sakura ini berkisahkan cinta pandang pertama yang membawa ke jinjang pelamin walaupun menghadapi halangan serta keyakinan antara satu sama lain.

Tonton Online Live Telemovie Miss Sakura

Tonton Online Live Telemovie Miss Sakura

Berikut disediakan maklumat drama malam nanti pada tarikh, jam, tempat dan tonton online dilaman ini..

Judul > Telemovie Miss Sakura
Jumlah Episod > 1 Episod
Waktu Siaran :Jumaat, 3 Ogos 2018, 9:30 malam
Siaran TV : tv2
Pelakon > Ben Amir, Disha Devina, Meor Mohd, Nurliana Yahya, Kay Maria

Tonton Online > Link 1 Klik Di Sini , Link 2 Klik Di Sini

Telemovie Miss Sakura ini pastinya menjanjikan plot-plot yang menarik. Jadi, jangan lupa menonton online menerusi laman ini..

Sinopsis Miss Sakura

Hadi seorang jurugambar tanpa sengaja telah terambil gambar seorang gadis berkimono semasa bercuti di Jepun. Sekembali ke Malaysia, Hadi telah jatuh cinta dengan gadis tersebut walaupun tidak mengenalinya. Dia memanggil gadis itu sebagai Sakura.

Sementara itu emak Hadi sibuk mencarikan jadoh untuk Hadi. Nadira ataupun yang Hadi anggap sebagai Sakura sebenarnya tinggal di Kuala Lumpur dan telah berhenti kerja kerana bergaduh dengan kawan pejabatnya.

Nadira kemudiannya bekerja di syarikat milik ayahnya dan dia dihantar ke Jepun. Atas desakan emaknya Hadi telah berkenalan dengan Nadia. Hadi ke Jepun lagi dan kali ini dia ternampak Sakura lalu mengekorinya sehingga ke tempat perkuburan.

Setelah pulang ke Malaysia Hadi bersetuju untuk mengahwini Nadia kerana menganggap Sakura adalah hantu. Suatu hari Hadi terserempak dengan Nadira di pasar raya membuatkan Hadi kaget lalu mencuit Nadira berkali-kali.

Akibatnya Hadi dibawa ke balai polis dan di situ terungkailah perkara yang sebenarnya.

Seterusnya Hadi menjadi rapat dengan Nadira dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nadira tanpa pengetahuan Nadia. Bagaimanapun Nadia berjaya menjejaki Hadi hingga ke masjid dan dia sampai di situ sebaik sahaja akad nikah berlangsung.

Hadi melarikan diri dan hampir dilanggar kereta lalu pengsan. Sebaik saja dia tersedar, dia mendapati Nadia dan Nadira sedang menunggu untuk menyerangnya lalu dia melarikan diri lagi. Sumber Budiey..

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *